TEGUR ELOK-ELOK BOLEH ?

                                                                ASSALAMUALIKUM :)

aku just nak share something yang aku kurang berkenan contohnyer macam kau nak tegur orang,boleh tak kalau kau tegur elok-elok and pakai bahasa yang sedap didengar?*hari nie kita belajar adab boleh?hehe  benda nie terjadi semasa aku menemani mama aku pergi ke pasar malam kat area rumah aku.kitaorang pergi waktu petang sebab mama aku balik nak masak untuk kawan dia yang nak datang rumah.so,bila sampai tu first stall yang aku lalu ialah tempat orang jual air.gerai jual air nie bukan gerai orang lain pon,kawan bapak aku punyer gerai and dia yang tolong jaga.bapak dia aku tak tau mana menghilang.kawan aku nie jaga dengan sepupu dia yang sama umo ngn kitaorang juga.aper yang aku nak citerkan ialah kawan aku nie tegur aku.yerla,kami jarang berjumpa sebab sekolah asing-asing.nak jumpa pon kalau aku pergi pasar malam jer.kalau tak pergi,tak jumpa la.berbalik kepada topik asal,sewaktu aku berbual-bual dengan dia nie,lalu pulak sorang kawan kami yang sama sekolah ngn dia.kawan kami nie tak pakai tudung *actually dia pakai,cuma sometimes jer dia tak pakai.err korang rasa ader tak orang macam nie?heh,mestilah ader.aperla.huhu* okay,si kawan aku yang jaga gerai air nie tegur dia dan cakap "oit,tak pakai tudung.kat rumah tak dak ka tudung?kalau tak dak,aku boleh bagi pinjam.pastu datang la sepupu dia yang muncul dari mana ntah tiba-tiba menyampuk "nak tudung ker?kat surau belakang nie belungguk telekung yang hang boleh pakai.pilih jer mana berkenan.siot,mulut kawan aku nie yang memang kami dah taw pon.bau hancing dowh.hancing bukan aper,hancing sebab kalau kata kat orang tu memang kaw-kaw dia bagi.tak peduli dah perasaan orang.aper orang kata,cakap lepas?ha'ah,sesuai ngn dia tapi yang sepupu dia pon boleh tahan gak mulut.aku yang dengar nie pon sakit hati weh nak-nak pulak orang yang kena tegur tu.kuat giler kot dia tegur.kira gerai2 sebelah boleh dengar la.depa tengok ja kat kami with full attention.HUHU.kawan aku yang kena perli tu pulak relaks ja,dia balas "eleh,hang duk kata kat orang.at least aku tak pakai tudung,mulut terjaga jugak plus tak dating tengah2 malam lalu depan rumah orang ngn pakwe.kalau pakai tudung tapi mulut macam hang tak guna juga weh.takdak beza pon kita.HAHA.si kena perli nie gelak.aku yang ader kat situ pon gelak juga la.betul aper dia kata.dia tak pakai tudung,dia dapat dosa.kita yang pakai tudung tapi tegur dia dengan ayat sindir pon dapat dosa jugak.so,takder beza betul lah dengan dia tu.after si kena perli nie habis cakap,muka si perli dua orang tu dah lain.tengok gaya macam nak bergaduh jer.aku cepat-cepat ajak si kena perli tu chow sambil kata "oklah hampa,aku ngn dia nak p cari mama aku.hampa sambung la niaga tu.bye".lepas langkah 5 gerai dari gerai dia *aku kira taw brp gerai yang kami langkah sebab nak make sure jarak dari gerai dia tu  jauh dengan kami*,aku tanya la si kena perli nie "hang terasa ka?dia cakap "dakpon.malas r layan dia tu,meroyan sokmo.HAHA"aku pon balas balik "baguslah tak terasa.kita pon dah kenai dia macam mana.hmm,oklah gtg.nak cari mama aku.bye" setakat tu ja perbualan aku ngan dia and after we had babai each other,kami berpisah ikut haluan masing-masing *eceh,gaya ayat macam orang putus cinta ngn pakwe ja.HEHE* 


now,kita masuk part serius sikit lepas dah habis mukadimah dengan bercerita.dalam konteks nak menegur nie,orang cakap kalau nak menegur biarlah berpada-pada agar apa yang kita tegur tu tak kembali pada kita.tak semua orang yang mempunyai bakat menegur yang baik.siapa setuju kalau aku cakap ramai di antara kita yang menegur ikut suka jer padahal diri sendiri tak tertegur?see,mesti ramai.korang sakit hati tak kalau korang kena tegur kat tempat terbuka macam kawan aku tu?sure sakit punyer and ader sesetengah korang maybe dah maki si perli tu.aku salute la ngn kawan aku nie,dia sikit punyer rileks + tayang muka innoncent habis seh.kalau aku tak mampu nak buat macam tu.muka memang lain la kalau aku yang kena tegur.sometimes kita yang pakai tudung nie bukannyer baik mana pon cuma mungkin kita pakai tudung tu yang nampak kita macam baik dan orang yang tak pakai tudung tu tak baik.no,please betulkan statement korang.kita tahu yang nobody's perfect so why not we tilik-tilik ourselves before tegur orang lain?lepas dah puas tilik dan belek diri tu,renung-renungkanlah supaya kita boleh atasi ketaksempurnaan kita tu then baru layak nak tegur orang lain.nie,aci redah jer tegur orang.nasib hang tegur orang macam dia,kalau hang tegur orang macam aku sah-sah aku dah kick boxing hang.hmm,aku rasa setakat nie jer kot aku merapu.harap lepas baca sudi-sudilah ringankan tangan tinggalkan komen anda.at least,biar aku sedar sikit tang mana kelemahan aku okay?


moral of this story : nak tegur orang biarlah kena pada tempat.nak tegur tu pakailah bahasa yang lembut2 agar tak terasa yang kita ditegur.pakai kiasan sikit.bahasa tu kan jiwa bangsa.kalau tak jaga bahasa tu,kira jiwa kau takder bangsa la kot gamaknyer,heh :)

3 comments:

Eein Azryn said...

dulu member kena tegur dengan lecturer. kita memang kena respek dengan lecturerkan, tapi cara dia tegur memang kasar and memalukan member saya kat depan orang ramai. pastu terus hilang rasa respek kat dia. huhu.

panjang pulak komen saya. sori. :D

Rafzan Voo said...

betul tu. nak tegur orang pon perlahan-lahan la. jgn pakai serbu je. nanti kite sendiri jugak yang malu. huhuhu

aalia shahira said...

eein azryn :kita yang dengar pon tak suka kalau orang tegur kasar macam tu apalagi yang kena tegur kan?

rafzan voo :ha'ah,nanti diri sendiri yang kena malu terukkan?hehe v_v peace!