Goodbye 2011, Welcome 2012

Aku nak tanya aper perasaan korang apabila tiba tahun baru nie.ader excited ker apabila umo semakin bertambah,apabila semakin meningkat remaja,apabila bakal masuk ke alam persekolahan menegah? ader tak? as for me pulak,when 2012 come i will turned into 18 and of coz aku dah dewasa.macam tak percaya jer yang aku dah habis SPM.rasa macam semalam jer aku babbling bilalah aku nak ambik SPM nie,bilalah aku nak dewasa nie.now,when the time is coming aku pulak yang rasa tak best.tak best untuk jadi dewasa.tak ready untuk melangkah ke satu alam yang lain.

Aper citer korang sepanjang 2011 nie? ader aper2 yang menarik untuk di share,share jer kat sini dengan aku. hmm,citer aku sepanjang 2011 agak menarik jugak la.meh sini nak list perkara2 sepanjang 2011 tu

  • aku budak SPM 2011 aliran sains yang mengambil 9 subjek
  • study secara smart because aku bukan budak yang rajin study secara hard haha
  • hmm,pergi jalan2 kat sarawak ngn family
  • aku single all the year 2011 nie
  • cikgu bawa pergi lembah bujang dengan makan kat hotel sebab aku dapat markah sejarah tertinggi dalam tingkatan 5 *i'm proud :D
  • umo 17 tapi pergi sekolah bawa kereta *bajet hebat,haha
  • kena denda ngn qilah kat tangga lepas habis perhimpunan *malu siot,orang ramai lalu
  • bulan november SPM start,alhamdulillah i guess i finish it well 
  • berat aku semakin menurun.alhamdulillah
  • jerawat kawan baik  aku pada 2011,so dia sentiasa di wajah,huhu
  • aku drop akaun untuk SPM
  • kena anti dengan cikgu BM *tak tahu motif dia maybe aku nakal
  • main bola jaring untuk sekolah so dapat skip kelas *oh,yeah
  • reunion kelas selepas SPM kat rumah syifa *sedih entah bila boleh jumpa lagi

okay,tu jer yang boleh dikongsi.part lain-lain pon ader tapi yang tu perlu disimpan kemas.bahaya kalau orang tahu sebab aku budak jenayah so agak tak elok share kat sini.hahaha..percaya jer la yang aku nie budak jenayah.entah waktu bila aku buat jenayah entah =.='

anyway,nak ucapkan selamat tinggal pada 2011 yang meninggalkan bermacam-macam kenangan sama ada pahit atau manis.will keep that in mind agar aku tak mudah lupa diri dan sentiasa ingat di mana bumi yang aku pijak.here,welcome 2012.hope tahun baru nie akan lebih manis dan mampu buat aku tersenyum melalui tahun2 nie.


2012

start counting 2012 from now still have 4 minutes to left

"What can be said in New Year rhymes,
That's not been said a thousand times?
The new years come, the old years go,
We know we dream, we dream we know.
We rise up laughing with the light,
We lie down weeping with the night.
We hug the world until it stings,
We curse it then and sigh for wings.
We live, we love, we woo, we wed,
We wreathe our prides, we sheet our dead.
We laugh, we weep, we hope, we fear,
And that's the burden of a year."

New year resolution: I will focus more on giving rather than taking =)

P/s: eveyone,anda pergi sambut tahun baru ker?kat mana,tell me la ok? ^_^


Untuk Awak my Followers dan Awak Yang Sudi Datang Sini =)

                                   ASSALAMUALAIKUM buat anda,anda dan anda :)

seperti tajuk yang tertera di atas this entry special dedicate to my followers and you yang sudi datang menjengah ke blog aku yang tak berapa nak good looking nie wether dari segi ayat,susunan or wut everlah yang duk berlegar kat ruang kepala korang tu.aku buat entry nie khas untuk menghargai korang yang follow blog aku.sobs sobs terharu meh T_T.terima kasih la manyak-manyak cos sudi follow me.walaupon aku start blogging dari bulan februari tapi entry aku baru ader duapulohtiga campur yang nie kira 24 la.huhu air mata kesedihan tumpah lagi *sambil lap air mata*cuba korang tengok kat blog archive nie,dari bulan 2 terus lompat ker bulan 9.mana pergi hilangnyer bulan tiga,empat,lima,enam,tujuh dan lapan eik?mana,mana? ewah,aku buat entry nie ader yang nak  baca?hehehe,takder orang baca pon takper janji wa ader tempat untuk mencoret aper saja yang wa rasa.

the facts tentang mana hilangnyer entry bulan2 tersebut ialah aku pon tak tahu err,rasa macam aku bakal kena penyepak jer dengan orang yang baca nie,huhu.waktu aku start buat blog nie aku tengah busy dan macam mana ntah dalam kebusysan  aku nie,aku sempat create blog.bila dah ader blog,aku tak reti la pulak nak menarik perhatian orang agar datang blog aku dan jadi follower aku.so,dah tak reti tu aku stop la daripada blogging.pastu aku dapat mimpi la pulak.dalam mimpi tu,blog aku nie cakap kat aku "alia,kenapa hang buat aku macam barang terbuang?awat hang tak datang jenguk aku,hias-hias aku ka takpon kalau malas sangat hang tulis la satu dua ayat bagi nampak aku nie rupa blog juga".so,bila dah bangun dari mimpi tu aku baru sedar yang aku dah buat,ader blog dan harus bertanggungjawab ke atasnyer.start dari mimpi tu la aku pon terbuka hati nak merapu meraban kat sini.kalau takder orang nak baca pon tak kisah.sekurang-kurangnyer blog aku nie ader juga peningkatan dari mula2 dia hidup tu.sejak tu la aku rajin p buat blogwalking kat blog-blog bloggers lain dan mengharapkan depa datang singgah dan follow blog aku nie.dan usaha aku itu membuahkan hasil apabila bilangan followers semakin bertambah.kan orang cakap USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN.see,dah nampak kejayaan  aku nie?hehe.walaupon tak banyak at least ader jugak daripada takder kan dan aku menghargai para pengikut blog aku nie.bukti yang aku menghargai depa ialah yang nie la.yang hampa tengah baca nie.aku buat khas untuk awak,awak dan awak yang jadi follower blog aku.tanpa awak,awak dan awak siapalah blog aku ini uhuk uhuk sedih bercampur gembira.


bagi menambahkan lagi rasa penghargaan ini,aku ingin mendedikasikan lagu SAHABAT yang merupakan sountrack  animasi upin dan ipin yang dinyanyikan oleh PADI ini untuk korang semua.even kita tak kenal satu sama lain,tak pernah bersua muka,tak pernah sembang bergelak ketawa sambil tampar-tampar tapi kita tetap sahabat di alam blogging ini.sahabat sesama agama dan sahabat kerana berada di bumi yang sama yang bernama Malaysia.ecewah,patriotik la pulak.haha.

btw,musik and lagu takderla nak iringi tahap kesyahduan semasa korang baca entry nie.tapi takper la.aku sediakan lirik untuk korang lebih memahami makna sahabat yang sebenar kerana melalui liriklah kita boleh memahami sesuatu lagu itu dengan lebih mendalam dan berkesan ^_^

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia


Berakit-rakit kita kehulu

Berenang-renang kita ketepian

Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita
mencari Sahabat untuk selamanya

Atasi semua perbedaan

Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia
Sahabat untuk selamanya

Berbagi dan saling menjaga

Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia



terima kasih kerana menjadi kawan aku kat dunia blog nie.appreciate sangat2 

yup,korang yang bloggers nie selalu buat aku senyum sebab korang datang blog aku yang baru nak hidup nie!


YER,sahabat untuk selamanya.marilah kita bersahabat di alam blog ini untuk selamanya.kalau ader umo yang panjang dan rezeki,mungkin kita boleh bertemu dan bersua muka bersama.hanya ini yang mampu aku ucapakan untuk korang TERIMA KASIH,TERIMA KASIH dan TERIMA KASIH  kerana jadi follower aku dan sudi menjengah ke sini.without you olls,saperla blog aku ini v_V.

p/s:hmm,about mimpi tu hanya rekaan semata-mata untuk menambahkan efek kedramatisan ke dalam entry ini.hehe maaf :D entry kali nie panjang sikit.aper-aper pon harap korang suka baca dan terhibur.kalau korang suka,aku berkali-kali ganda suka kerana dapat buat korang hepi.Tehee (^.<)



TEGUR ELOK-ELOK BOLEH ?

                                                                ASSALAMUALIKUM :)

aku just nak share something yang aku kurang berkenan contohnyer macam kau nak tegur orang,boleh tak kalau kau tegur elok-elok and pakai bahasa yang sedap didengar?*hari nie kita belajar adab boleh?hehe  benda nie terjadi semasa aku menemani mama aku pergi ke pasar malam kat area rumah aku.kitaorang pergi waktu petang sebab mama aku balik nak masak untuk kawan dia yang nak datang rumah.so,bila sampai tu first stall yang aku lalu ialah tempat orang jual air.gerai jual air nie bukan gerai orang lain pon,kawan bapak aku punyer gerai and dia yang tolong jaga.bapak dia aku tak tau mana menghilang.kawan aku nie jaga dengan sepupu dia yang sama umo ngn kitaorang juga.aper yang aku nak citerkan ialah kawan aku nie tegur aku.yerla,kami jarang berjumpa sebab sekolah asing-asing.nak jumpa pon kalau aku pergi pasar malam jer.kalau tak pergi,tak jumpa la.berbalik kepada topik asal,sewaktu aku berbual-bual dengan dia nie,lalu pulak sorang kawan kami yang sama sekolah ngn dia.kawan kami nie tak pakai tudung *actually dia pakai,cuma sometimes jer dia tak pakai.err korang rasa ader tak orang macam nie?heh,mestilah ader.aperla.huhu* okay,si kawan aku yang jaga gerai air nie tegur dia dan cakap "oit,tak pakai tudung.kat rumah tak dak ka tudung?kalau tak dak,aku boleh bagi pinjam.pastu datang la sepupu dia yang muncul dari mana ntah tiba-tiba menyampuk "nak tudung ker?kat surau belakang nie belungguk telekung yang hang boleh pakai.pilih jer mana berkenan.siot,mulut kawan aku nie yang memang kami dah taw pon.bau hancing dowh.hancing bukan aper,hancing sebab kalau kata kat orang tu memang kaw-kaw dia bagi.tak peduli dah perasaan orang.aper orang kata,cakap lepas?ha'ah,sesuai ngn dia tapi yang sepupu dia pon boleh tahan gak mulut.aku yang dengar nie pon sakit hati weh nak-nak pulak orang yang kena tegur tu.kuat giler kot dia tegur.kira gerai2 sebelah boleh dengar la.depa tengok ja kat kami with full attention.HUHU.kawan aku yang kena perli tu pulak relaks ja,dia balas "eleh,hang duk kata kat orang.at least aku tak pakai tudung,mulut terjaga jugak plus tak dating tengah2 malam lalu depan rumah orang ngn pakwe.kalau pakai tudung tapi mulut macam hang tak guna juga weh.takdak beza pon kita.HAHA.si kena perli nie gelak.aku yang ader kat situ pon gelak juga la.betul aper dia kata.dia tak pakai tudung,dia dapat dosa.kita yang pakai tudung tapi tegur dia dengan ayat sindir pon dapat dosa jugak.so,takder beza betul lah dengan dia tu.after si kena perli nie habis cakap,muka si perli dua orang tu dah lain.tengok gaya macam nak bergaduh jer.aku cepat-cepat ajak si kena perli tu chow sambil kata "oklah hampa,aku ngn dia nak p cari mama aku.hampa sambung la niaga tu.bye".lepas langkah 5 gerai dari gerai dia *aku kira taw brp gerai yang kami langkah sebab nak make sure jarak dari gerai dia tu  jauh dengan kami*,aku tanya la si kena perli nie "hang terasa ka?dia cakap "dakpon.malas r layan dia tu,meroyan sokmo.HAHA"aku pon balas balik "baguslah tak terasa.kita pon dah kenai dia macam mana.hmm,oklah gtg.nak cari mama aku.bye" setakat tu ja perbualan aku ngan dia and after we had babai each other,kami berpisah ikut haluan masing-masing *eceh,gaya ayat macam orang putus cinta ngn pakwe ja.HEHE* 


now,kita masuk part serius sikit lepas dah habis mukadimah dengan bercerita.dalam konteks nak menegur nie,orang cakap kalau nak menegur biarlah berpada-pada agar apa yang kita tegur tu tak kembali pada kita.tak semua orang yang mempunyai bakat menegur yang baik.siapa setuju kalau aku cakap ramai di antara kita yang menegur ikut suka jer padahal diri sendiri tak tertegur?see,mesti ramai.korang sakit hati tak kalau korang kena tegur kat tempat terbuka macam kawan aku tu?sure sakit punyer and ader sesetengah korang maybe dah maki si perli tu.aku salute la ngn kawan aku nie,dia sikit punyer rileks + tayang muka innoncent habis seh.kalau aku tak mampu nak buat macam tu.muka memang lain la kalau aku yang kena tegur.sometimes kita yang pakai tudung nie bukannyer baik mana pon cuma mungkin kita pakai tudung tu yang nampak kita macam baik dan orang yang tak pakai tudung tu tak baik.no,please betulkan statement korang.kita tahu yang nobody's perfect so why not we tilik-tilik ourselves before tegur orang lain?lepas dah puas tilik dan belek diri tu,renung-renungkanlah supaya kita boleh atasi ketaksempurnaan kita tu then baru layak nak tegur orang lain.nie,aci redah jer tegur orang.nasib hang tegur orang macam dia,kalau hang tegur orang macam aku sah-sah aku dah kick boxing hang.hmm,aku rasa setakat nie jer kot aku merapu.harap lepas baca sudi-sudilah ringankan tangan tinggalkan komen anda.at least,biar aku sedar sikit tang mana kelemahan aku okay?


moral of this story : nak tegur orang biarlah kena pada tempat.nak tegur tu pakailah bahasa yang lembut2 agar tak terasa yang kita ditegur.pakai kiasan sikit.bahasa tu kan jiwa bangsa.kalau tak jaga bahasa tu,kira jiwa kau takder bangsa la kot gamaknyer,heh :)

saya SUKA awak tapi awak SUKA saya tak?

 hukhukhuk.awak,saya sedih.sedih yang TERamat sedih.sampai hati awak.KALAU tak sampai hati awak,awak takkan buat kat saya macam nie :'( kenapa perlu bagi saya harapan kalau awak rasa awak tak mampu nak laksanakan? kenapa perlu berlakon seolah-olah awak suka kat saya tapi realitinya awak tak suka saya pon.dah tahu diri  awak tu setia tak perlu la bagi harapan palsu kat saya.saya pon ader perasaan jugak.walau kita tak pernah bersua muka,hubungan kita macam rapat yang..i think you know how to inteprate that.saya tak kisah kalau awak baca this entry.aper awak fikir pon saya tak kesah.at least saya dapat luahkan aper yang saya rasa.saya tak perlu pendamkan perasaan nie sehingga menjadi nanah.awak tahu?saya tak pernah percaya pada orang lelaki selain dari abah dan abang saya.ader orang cakap boys are stupid,throw rocks at them tapi siapalah saya untuk judge awak dan lelaki-lelaki lain.saya tahu awak still sayang dia.saya faham.awak boleh jer cakap dengan saya yang awak tak suka saya.tak perlu jual ayat bunga-bunga awak kat saya.memang saya suka bila awak tulis ayat sweet kat saya tapi bila tau kebenarannya,saya kecewa yang teramat sangat.awak tahu tak aper maksud KECEWA itu?if awak tahu,mesti awak tak buat saya macam nie.yeah,i bet you know!bukan semua wanita kuat dan tabah apabila hatinya dipermain oleh lelaki.saya harap sangat awak takder niat pon nak buat kat saya macam tu.ikhlas,saya pernah bercinta.tak banyak kali pon at least lebih daripada satu.bila bercinta mesti la pakai gelaran abang-sayang ma-pa b-honey tapi saya bila kapel saya tak pakai pon semua gelaran tu kerana saya malu,segan dan rasa macam tak sesuai pon dengan umur saya.saya fikir nanti dah tak sweet panggilan tu semua lepas kahwin nanti sebab masa bercinta dah sweet semacam.mungkin sebab tu kot ex saya minta putus kerana saya tak romantik + kuno.saya tak kisah langsung ader pakwe ke tak.tak jeles pon kalau tengok orang kapel bagai nak rak.cuma di hati kecil saya kadang-kadang mahu dicintai jugak.awak tahu?ramai yang ajak saya kapel *serius saya tak tipu* tapi saya tolak atas faktor yang saya masih budak sekolah.masih muda untuk memikirkan hal yang bagi saya hal-hal orang dewasa.bila saya tolak,diorang cakap saya berlagak,perasan hot,bajet bagus la aper la.tu semua saya tak ambil pusing langsung kerana saya tahu saya dalam lingkungan yang tak layak untuk bercinta.saya bukanlah baik sangat tapi saya cuba menjadi yang terbaik untuk mama dengan abah saya,abang,kakak,dan untuk adik saya.saya nak diorang respect dan bangga dengan saya atas kejayaan saya.saya tak nak mereka kecewa apbila tahu saya gagal hanya kerana seorang lelaki.mama ngn abah tak pernah larang saya nak bercinta.saya sendiri kalau suka kat that guy or this guy saya akan cakap kat mama saya.mama saya akan bagi komen yang sangat okay yang buat saya rasa tak salah saya nak bercinta.cuma saya jer yang masalahnyer.saya takut bila saya dah berkasih-sayang dengan insan yang bernama pakwe,saya tak dapt kawal diri saya contohnyer macam saya dengan awak sekarang.saya frust sorang-sorang dan awak tak tahu  pon..okay fine!!bagus kalau awak tak tahu.kalau awak tahu kemungkinan besar awak akan gelak kat saya atas kebodohan saya terjatuh dengan ayat manis-manis awak.saya mengaku yang saya jenis yang flirt around dan melayan orang yang suka dekat saya tapi saya dah cakap kat diorang awal-awal lagi yang bila saya layan tak semestinyer saya suka kat dia.bagi saya,kalau saya suka kat seseorang tu,i really mean it and takder niat nak mempermainkan perasaan dia.saya seorang yang setia.sekali saya tersuka kat awak memang payah saya nak buang perasaan tu even i've try hard to forget you still i cant.saya cuma nak awak tahu


If You Leave Someone
At Least Tell Them
WHY

Because

What's More Painful Than
Being Abandoned
Is Knowing
You Are Not Worth An
Explaination .... !!!

see?kalau awak tak suka saya pon,nak tinggalkan saya pon biarlah tinggalkan saya dengan satu penjelasan yang akan buat saya faham kenapa awak buat saya macma nie.sekurang-kurangnyer saya tahu kenapa awak tinggalkan saya.okay lar,saya pon tak larat nak meluahkan perasaan saya.saya berharap sangat awak balas cinta saya ini walaupun probability dia nil.



yer,walaupon saya kecewa saya still kuat kerana saya percaya ALLAH swt sentiasa bersama saya


please,jangan buat kat saya macam nie?saya pon ader maruah jugak.kalau tak suka,cakap jer tak suka.tidak aku tertampi-tampi.

p/s : tak semestinya orang yang kita cinta akan membalas cinta kita juga.jangan jadi seperti saya yang masih mengharap cinta yang tak pasti ^^

SENYUMLAH kerana bila anda senyum anda HOT

                                         
kajian mengatakan *eceh,masuk kajian pulak.haha* apabila kita senyum,hanya 14 otot yang terlibat semasa proses senyum manakala apabila kita masam ia melibatkan 63 otot untuk digerakkan.bayangkanlah,kalau kita kerut dahi jer telah mengakibatkan 40 otot untuk bekerja.sebab tu orang yang selalu tarik muka,merajuk dengan kerut dahi cepat nampak tua.hehe.so,mulai hari ini,rajin-rajinlah kita menghulurkan senyuman kerana selain awet muda ia juga membantu anda menambahkan pahala dan mengurangkan bilangan musuh.see?betapa banyaknyer faedah yang kita dapat kalau kita rajin senyum.tapi janganlah senyum 24 jam + senyum sorang-sorang.kang orang kata tak centre pulak minah/awang nie.haha.INGATLAH bila kita senyum,dunia juga pasti senyum dan orang sekeliling pon pasti senyum jugak untuk anda.ader satu lagu nie yang paling aku suka.kalau aku menyanyi lagu nie,automatik aku akan senyum.macam mana aku tak senyum,dah lagu senyum kan?suei ko.hahaha.lagu nie pernah suatu ketika dulu menghiasi iklan ubat gigi.tak ingat la wether golgate or darlie sebab iklan nie waktu aku darjah tiga *diulangi TIGA.wajiblah den lupa akan temponya sebab dah lama tak dengar.nie lirik dia


            Senyum seindah suria
            Yang membawa cahaya
            Senyumlah dari hati
            Duniamu berseri

            Senyum umpama titian
            Dalam kehidupan
            Kau tersenyum
            Ku tersenyum
            Kemesraan menguntum

            Senyum... kepada semua
            Senyumanmu... amatlah berharga

            Senyum... membahagiakan
            Dengan senyuman
            Terjalinlah... ikatan...

sweet jer kan lirik dia?korang pernah dengar?aku ingat sikit jer rentak dia.yang penting,rentak dia best dan rancak.lepas nie,rajin-rjin lah senyum.tak rugi pon sebab senyum tak perlu modal dan tak merugikan anda.cuba tengok makcik nie senyum,manis jer

                              ader rasa nak kena kencing manis tak?hawhawhaw

saper tengok kucing nie tapi dia tak senyum,tak tahulah nak kata aper.maybe xder perasaan kot.hehe

tengok,kalau kita senyum dunia pon pasti senyum untuk kita.



p/s senyum itu amalan mulia.oleh itu,selamat beramal dan renung-renungkan.muahaha

AKU DAN PEREMPUAN-PEREMPUAN ITU

By: Yulianna PS
Penulis buku "Hidayah Pelipur Cinta"

Aku dan perempuan-perempuan itu
Menyingkap izzah tanpa malu
Demi sesuap nasi dan madu
Mengais rezeki dengan wajah layu

Tanpa peduli usia semakin beranjak
Harapan hidup memaksa lalu menyeruak
Ke dalam petak-petak luka bersajak
Aku dan perempuan-perempuan itu
Gelar TKW, begitulah mereka menyebutku
Berderet-deret beban menghimpit pilu
Menonjok kepala ini dengan tombak berbatu
Tangis telah kering, mengharu-biru
Bersama putaran waktu

Aku dan perempuan-perempuan itu
Berjuang lelah menjadi kuli kasar
Seribu tugas berat menghampar
Lelahnya ruang batin tak tergambar

Saksikanlah wahai para pejabat
Yang merasa berkuasa di negara berdaulat
Tertawalah bersama barisan konglomerat
Yang memimpin Indonesia bak penjahat
Harapan wanita-wanita lemah telah berkarat
Akibat keserakahanmu merampok uang rakyat
Kalian jual wanita-wanita lugu dari desa-desa
Dengan iming-iming gelar pahlawan devisa
Namun sesungguhnya engkau termakan propaganda
Dari negara berjuluk Amerika

Aku dan perempuan-perempuan itu
Berteriak lirih dalam harapan buram
Duduk menunggu setan demokrasi tenggelam
Agar harga diri ini tidak lagi dihargai murah
Oleh pejabat keji bertuhankan rupiah
Aku dan wanita-wanita itu
Mencibir muak penuh rasa sinis
Kepada pemerintah budak kapitalis
Tanpa peduli jeritan rakyat makin histeris.



p/s : hebatnya wanita seperti yang digambarkan dalam sajak ini.adakah anda pon akan begitu ? ^^

benci gemok :(

                                          SALAM ALLS (^___________^)

mulakan mukadimah dengan senyuman walaupon rasa hati ingin menangis jer.huwarghhhhhhhhhhhhh.ok.dia dah start leleh T^T.tadi abah aku yang sedang berkursus di langkawi tu kol tanya aku dekat mana and malam nie tidur rumah sapa..aku sejak 2 hari nie kerja tidur di rumah orang yang berbeza jer.semalam rumah orang lain,hari ni rumah orang lain,esok,wa tarak tahu meh.ikut jer saper offer.saper yang kesian ngn aku,silalah ajak aku bermalam di rumah dia.huhu.cerita sedih dia bermula dengan begini,"lepas abah aku start tanya aku tidur mana,aku tiba-tiba teringat kat adik aku yang aku panggil gemok even nama dia stylo kot (MUHAMMAD AMSYAR HAIKAL) coolio ngak nama adik gue ini?ececeh,aper motif promote gemok?xder motif pong :( nak tengok how gemok look?ok,this is


  nie la gemok a.k.a adik.eceh,adik ker?besar semacam jer aku tengok.hahahaha

dalam telefon tadi aku tanya la mana amsyar,xdengar bunyi suara pon.pastu abah aku cakap kawan dia bawa amsyar p tengok LIMA kat awana porto malai.bila aku dengar jer perkataan LIMA tu,aku menjerit kat corong telefon tu then cakap kat abah aku "aya nak p esok.suruh yo hantar kat jeti Kuala Kedah."abah aku balas "kalau nak mai sini tengok LIMA,lupakan sajalah sebab hari nie hari last.amsyar sorang ja yang bertuah leh tengok.nanti malam abah kol suruh dia cerita kat hang".aku aper lagi,abah aku takdan nak end kol lagi aku dah menangis sambil ketuk-ketuk dada sebab jeles kat amsyar.mana aci dia boleh tengok,aku tak.kalau nak tahu kan,aku sangat jeles kat gemok nie sebab kalau dia nak aper,abah aku akan tunaikan dengan kadar segera.tak kiralah mahal ker murah.janji gemok yang mintak,INSYAALAH dapat!!but after that,i'm realise.maybe dia punya rezeki dapat tengok show tu and naik kapal wut so ever name tu.aku redha dan pasrah jer.bak kata Mila pada Izzah "REDHA itu IKHLAS,PASRAH itu MENYERAH."hihihihi

that's all for tonite.daaaaaaaaaa (^.<) sambil kenyit-kenyit mata kat hampa.

PERLUKAH.....

                                          


PERLUKAH.........aku bagitahu dia yang aku betul-betul suka dia?PERLUKAH aku luahkan apa yang tersirat di hati ini?hanya dia yang aku mahu sampai hati ini tak mampu menahan sakit apabila perasaan aku terhadap dia tak dapat diluahkan.well,aku bukannya seorang yang pemalu sangat dengan semua orang termasuk dengan lelaki.tapi bila tiba bab hati dan perasaan,aku menjadi seorang yang pemalu sangat.mungkin aku takut ditolak kot..hehe.normal la kalau cinta tak berbalas kan?apabila aku suka seseorang itu,akan akan menjadi pendiam bila dia ada dalam kalangan aku and kengkawan dan tak berani dowh nak bertentang mata or cakap ngn dia.aku akan jadi bisu automatik and my friends will realise that coz i'm a talkative person.

PERLUKAH.....aku cakap jer kat dia yang aku memang benci dia sangat-sangat?aku memang benci dia tapi aku tak mampu nak luahkan yang aku benci dia seperti mana dia terang-terangan menunjukkan yang dia benci aku.aku kawan jer dengan semua orang.yup,aku jenis peramah.aku dengan bangganya bagitahu korang,satu sekolah kenal aku even cikgu-cikgu yang tak mengajar aku pon kenal aku.junior-junior pon ramai yang kenal aku disebabkan atas faktor keramahan aku selain aktif dalam sukan..ok,stop promote diri \ (*_*) / . aku takder reason yang munasabah sebab aper dia benci kat aku.dan sebab aku benci kat dia mudah ajer.dia seorang yang suka meninggi diri dan kalau dia dapat markah yang elok dalam exam,seminggu tak berenti bgtaw kat orang yang dia dapat A+.aku memang tak suka jenis orang macam tu dan aku percaya korang pon sama kan?


PERLUKAH.............menjadi seorang yang hipokrit semata-mata untuk menunjukkan kepada semua yang aku nie seorang yang bagus?NO.aku takkan buat macam tu sebab aku suka jadi diri aku yang sebenar.nak-nak pulak aku nie bangsa yang tak reti duk diam tiap masa.kalau orang tak suka,tell me aper yang hang tak suka.aku boleh perbaiki dan mudah mendengar teguran.tapi,biarlah teguran yang membina.janganlah tegur pakai ayat yang kasar dan menyakitkan hati.tu sah-sah aku kesah.muahaha.


PERLUKAH....rahsia diri kita diketahui orang?nama pon rahsia,mestilah tak boleh bagitaw kat orang.hehe.aku ada kawan yang lepas bercerita kat orang,dia akan cakap "weh,jangan bagitaw kat orang taw pasal nie.kalau aku dengar pasal nie kat mulut orang len,siap hang".aku pon angguk jer la sebab aku kalau orang bagitaw RAHSIA,memang aku simpan betul-betul sampai lupa rahsia tersebut.tapi,kawan aku yang duk bercerita nie yang duk p cerita kat orang len.bila dah heboh kisah dia satu kelas,aku pon heran la awat semua orang taw sedangkan dia cakap dia bagitaw aku sorang ja.aku pon tanya la kat budak kelas aku yang len,"hampa taw mana cita nie?dia cakap,"taw la dah tuan sendiri yang cerita kat kami".bila aku dengar,aku gelak keras perut kot.diri sendiri yang janji takmau buka pekung sendiri,diri sendiri jugak yang duk p habaq kat orang.macam hampeh jer dia nie =.='.huahuahua


PERLUKAH....kita perabis duit semata-mata nak dapatkan gadjet terbaru?bagi yang kaya xperla kalau dia nak beli gadjet yang latest pon sebab dia mampu.tapi yang aku nak bagitaw nie pasal yang tak mampu,yang sederhana mampu.dah tahu diri tu tak mampu,tak payahla hang nak beli.buat seksa diri ja duk ikat perut semata-mata nak dapatkan benda tu.nanti-nanti boleh beli aih.tak ke mana pon benda tu.dah kerja ada duit sendiri beli la.nie kesian mak ayah nak beli sedangkan mak ayah tak mampu nak sediakan.bila tak dapat,menangis depan orang ramai kat shopping complex sampai terguling-guling.malu la orang tengok cek oi.jagalah maruah ibubapa kat tempat terbuka macam tu.dah tak dapat tu sudahlah.redha ja dengan kemapuan diri sendiri dan keluarga.


PERLUKAH....minta maaf ke atas kesalahan yang tidak kita lakukan?aku rasa tak perlu sebab aper ke bangang nak p perbodohkan diri sendiri minta maaf atas sebab yang kita tak buat.dia yang buat silap dan salah,dia la yang patut minta maaf.awat kita pulak yang kena.nie bukan pasal ego or wut.nie soal maruah dan harga diri.kalau kita senang sangat minta maaf,nanti orang senang nak pijak kepala kita.nak minta maaf pon,tengoklah keadaan sama.kalau dia yang cari pasal or kita ker yang mulakan dulu,masing-masing perlulah sedar kesalahan sendirikan?dah besar dah nak tegur pon.lagipon,nobody perfects kan?

                                                 dan.......................

PERLUKAH.......rasa syok pabila orang memuji kita?tak salah nak rasa syok.aku pon best aper bila orang duk puji kita.bukan senang orang nak puji nie.hehehe.ader sesetengah orang mengambil pujian itu hanya kata manis untuk menjaga hatinya.ada yang mengambil pujian itu untuk membongkokkan diri dan ada yang mengambil pujian itu sebagai batu loncatan untuk dia lebih berjaya dan berasa yakin berhadapan dengan orang ramai.masing-masing perlu mengambil setiap pujian itu sebagai satu rasa yang dia dihargai oleh orang sekeliling dia.ada dowh orang yang tak pernah dipuji.so,yang selalu orang duk puji nieh,jangan duk riak sangat noh?tak ke mana pon pujian tu kalau hang tak ambil dia dari sudut yang positif.


hanya nie jer yang mampu dirapukan.apabila duk rumah sorang-sorang,tak dak benda nak buat,macam nielah hasil duduk seorang.muahahaha :D
                                     
                                     " Remember,
                          listen as your day unfolds
                                    challenge what the future holds
            
              try and keep your head up to the sky"
                                                     
 

KESUNYIAN DITINGGALKAN T^T

                                                ASSALAMUALAIKUM...





malam nie aku keseorangan tanpa family disisi.abah,mama ngn dua orang adik aku xder kat rumah.aku sedih giler kot depa tak bawa aku ikut bersama.abah aku ader kursus kat langkawi 5 hari.dia bawa adik aku yang lelaki tu ikut dia.mama aku pulak pergi johor dengan adik aku yang perempuan sebab sepupu aku nak bertunang  dengan orang johor.aku tak ikut depa atas sebab-sebab tertentu.weh,siyes.aku sedih duk rumah sorang-sorang.takut pon ader jugak.so aku bajet tak mau tidur sampai pagi and on9 sampai lebam.hahahaha.tapi tetiba jer aku dengar ader orang bagi salam kat luar rumah.cuak juga fikir saper yang datang malam-malam cenggini.nak-nak pulak tinggal aku sorang ja kat rumah.waktu tu,ketaq dah lutut ngn badan sebab takut.aku laung la dari dalam rumah tanya sapa.then,ader suara pompuan balas kata dia kak ita.kak ita nie sepupu mama aku tapi still muda lorgh.baru 21 tapi minggu depan dah nak kawen.huhu.aku pon berani la bukak pintu.dia cakap mama aku suruh tido dengan dia malam nie.tak harap kat aku duk rumah sorang-sorang tambah pulak aku anak dara dia yang nakal.errr...nakal dalam konteks nie bermaksud yang aku nie berani tak kira dengan orang laki ka pompuan.hahaha :).aku dengar-dengar dia kata macam tu,aku on jer.tak kisah tido mana janji boleh on9.hehe.kalau dia tak datang aku dah janji ngn kakak aku suruh dia teman aku malam nie melalui skype or YM.but,tak jadila sebab dah tido sini.kita orang just YM and kakak aku yang duk kat sarawak nun gelak kat aku yang ditinggalkan.hampeh punyer kakak :( kalau dia depan aku,mahu aku sepak dia lelaju biar padan dengan gelak dia kat aku.muahahaaha.even aku ader dia untuk hilangkan kesunyian aku nie,aku tak boleh lari dari mengingatkan mama ngn abah and diksya.sunyi jer rasa.baru aku tahu perasaan mama aku kalau duk rumah sorang-sorang waktu abah aku pergi kerja dan kami (aku,abang,kakak ) xder kat rumah.memang sunyi giler-giler.dan sekarang,rasa bersalah sebab aku selalu tinggal dia pergi sekolah dan balik lewat.mama,sorry \ (*_*) /.malam nie dan malam akan datang,aku menghitung hari kapan mereka akan pulang sambil buat drama air mata sorang-sorang.tadi abah aku tanya,'xper ka duk soran-sorang nie".aku jawab ngn konfiden "ok jer.abah kan tahu yang aya nie iron lady.haha."sambil gelak hipokrit.huk,ok lar,aku nak layan perasaan jap coz kak ita duk bergayut ngn tunang terchenta dia tu.nie ader beberapa gambar yang menggambarkan perasaan aku sekarang






                                               
moral of this story : ingatlah ibubapa walau di mana anda berada.bagi yang study jauh-jauh tu or yang dah berkahwin,rajin-rajin la kol depa sebab depa akan sunyi bila ditinggalkan soran-sorang.macam aku sekarang nie.perasaan ibubapa kadang-kadang kita tak tahu.walau dimulut kata benci tapi dihati who's know.dari sekarang,"ANDA MAMPU MENGUBAHNYA" :)

till then peeps,tata @_____@

GELAK SAMBIL GULING-GULING =.="

weh,aku nak gelak terguling-guling sekarang nieh.hahahahahaha...hampa rasa lawak tak kalau kawan ayah hampa hantar chat kat FB?bagi aku benda nie sangat lawak la.tak tahu kenapa aku rasa lawak sangat.maybe sebab gaya dia tulis and ader ker orang tua on9 pada waktu-waktu camgini?its almost 2 am der.waktu aku tengah baca novel  AWAK SUKA SAYA TAK by kak melur jelita,tiba-tiba bunyi sound plup,plup(tanda ader chat masuk).aku alih sat mata dari novel nak tengok saper yang hantar chat lewat malam nieh.then,sekali den tengok kat skrin lappy tu,bukan kawan bapak den jer,rupa-rupanya ader lagi duatiga orang manusia yang bernama lelaki hantar chat kat den termasuklah kawan den.tapi,aku tak layan chat depa duatiga tu,aku layan chat kawan abah aku nie.


      + salam kome,kenduri dok panggil hambo pon.


 first chat dia kat aku macam nie la bunyi.btw,kawan abah aku nie orang perak.then,aku blur.aku balas balik chat dia.

      - kenduri aper dan kat mana?

gila.skema beb gaya aku balas.hahahahaha

    + kenduri kawen kome la.ate xdapat panggilan lansung.nie tak mau kawan nie.

bila aku baca reply dia,aku kejip-kejip mata.aih,paklong nie tak tau ka dia duk chat ngn sapa.dia kenal ker aku nie anak ayah aku sebab dah lama tak jumpa dia since aku umo 4 tahun.takpon,dia xperasan ker yang aku nie muda belia untuk chat ngn dia pakai gaya orang dewasa.so aku pon tulis

        - errr,salah orang kot.saya baru habis jer paper SPM.lagipon,mana ader kenduri kat rumah saya.abang ngn kakak saya pon still muda.

                dia reply

        +hahaha.ate melawak jer dengan kome.kome janganla terasa.nanti cepat tua.cis,siot jer paklong nie.aku cepuk juga kalau dia kat depan nie.dah tu sekarang buat aper kat rumah?tolong mak kome memasak ker?

     - ha'ah.lebih kurang la sambil menambahkan lemak..huhuhu :D


        + tak takut gemuk ker?


        - tak la.biarla nak gemuk gpun lepas nie nak pergi PLKN.yes.aku dapat PLKN tapi bukan siri pertama.


        + baguslah.seronok aper PLKN tu.dapat menambahkan semangat patriotik.


         - betul tu pakcik.oklah,saya nak tido dah.salam pakcik :)


        + amboi,pakcik kome panggil ate?waalaikummusalam.

aku xreply dah chat dia.dah bagi salam dah kan,takkan dia tak paham kot.hehehe...biar la panggil pakcik pon.dah memang tu jer yang sesuai dengan dia.takkan nak panggil abang kot.haih,tu lain dah pulak.macam nak menggatal.haru betul kawan abah aku nie.aku pon naik heran la.bila masa aku friend dengan kawan abah aku nie.tak pernah sedar pon.aku boleh taw dia kawan abah aku when aku tengok kat mutual friends tu.hanya nama abah aku jer yang ader kat situ.so,dah sah-sah la kawan dia kan?tak payah nak menyemak fikir saper pakcik tu.yang perlu fikir sekarang,bila masa aku kawan ngn dia.wheter dia add aku or aku add dia.tapi takkan aku yang add sebab aku tak pernah nak galak p tekan butang ADD kalau orang tu aku tak kenal.aku hanya add penulis novel dengan kawan aku jer.lain,TAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.huhu.dan sekarang nie,aku still duk garu-garu kepala dan berkerut-kerut dahi memikir saper yang ADD saper sambil gelak tak putus-putus.kalau ader orang yang dengar,sahih dia kata aku nie putus fius.aha,ader wa kesah?yang penting,hal ini harus diketahui oleh abah aku agar kami sama-sama bisa gelak berdekah-dekah.macam nie,HAHAHAHAHAHA xD.

here we go :)))) aha :P

                                               ASSALAMUALAIKUM all....      

ceh,ceh,ceh saper pandai teka aper maksud di sebalik HERE WE GO TU?saper tahu,sila angkat kaki yer :p aha.cerita dia macam nie sebenarnyer,esok hari SELASA atau dalam omputehnyer TUESDAY.err..sila catat dalam buku nota eik penerangan nie -.- ekeke.ok,lets straight to the point la and no more kona-kona(belok) after this.esok aku kena hantar buku teks kat sekolah memandangkan paper aku dah habis.kome tak nak tanyer ker soalan senang ke idop?huhu...jawapannye (jawab siap-siap la yer?-gaya macam ader orang tanyer jer) jangan ditanyer senang ke tidak.aper yang penting kerjasama.eh,eh tak tak.aper yang penting aku dah berjaya jawab semua paper dengan penuh kesungguhan.hahaha.so lepas hantar buku teks tu,aku bajet la nak p tengok wayang kat CS nun xpon VILLAGE MALL kalau kat CS tu ramai orang  dengan sepupu aku.hampa mesti dah taw kan movie apa yang aku nak p tengok?movie apa lagi yang duk tengah hot la nie kalau bukan OMBAK RINDU novel yang diangkat menjadi filem.aku dah khatam novel nie berpuluh-puluh kali...serius wa tak tipu..sampai dah hafal setiap isi muka surat tu ada adegan apa. hehe dasyat wa kan?kebetulan,aku memang obses ngn novel.sebagai novelholics,aku tak patut lepaskan peluang p tengok filem nie.aku excited tahap gaban nak tengok Haris aka Aaron Aziz yang hemsem taraf daniel henney melakonkan watak haris dalam novel tu.menjadi ke idak,boleh aku komen.wakakaka.


so taknak lah melalut banyak sangat,aper-aper pon tunggu esok jer la macam maner.patut tak aku bawa tisu sebab ramai yang kata lepas keluar panggung pakat duk nangis sedu-sedan macam lagu nyanyian irwansyah ngn acha lagi.huihui.k lar,aku nak ikat buku teks yang sebanyak 15 buah tu.pastu nak tido mimpi haris dan aku sebagai izzah.hoho

....ERTI PERCINTAAN....

haw haw haw.entah kenapa sekarang aku suka fikir bab-bab cinta.aku jenis yang tak suka fikir pasal cinta bila aku sedar masih banyak yang perlu aku kejar untuk meraih kejayaan.tapi,at this tyme,aku rasa yang aku nak sangat dicintai.so,layan jer la perasaan aku nie..aper payah.ye dok ?

                            CINTA,
                            mampu membuat aku buta,
                            juga mampu membuat aku lalai.
                            TAPI,                                                              
                            tanpa cinta,hidup tidak sempurna.
                            kerna cinta mengajar kita erti 
                            KEMANISAN...
                            KEPEDIHAN...
                            PERPISAHAN...
                            KEPAHITAN...
                            dan
                            erti KEBAHAGIAAN.


              aku juga ingin dicintai,
              ingin disayangi,
              ingin dimanjai,
              JUGA
              ingin dibelai oleh sang kekasih yang sentiasa aku nantikan 
              kehadirannya.
                          
                            CINTA,
                            mampu membuat aku hilang arah,
                            kerna seharusnya aku tidak melepaskannya pergi
                            meninggalkan aku keseorangan dalam lautan yang dingin lagi luas
                            dalam mencari ERTI PERCINTAAN yang suci.
                            ooh...CINTA,
                            khabarkan pada angin,
                            awan,
                            sang suria,
                            yang kau begitu sempurna dimata setiap sang pencinta..
                            dan AKU,
                            masih menanti sang pencinta yang sudi menghulurkan cintanya 
                            padaku.


yes,this sajak (eih,sajak ker?) haha aper-aper jer la.janji aku takrifkan dia sebagai sajak.aku reka waktu aku dalam tingkatan 2 on 25/5/2008.lama giler kan?aku dedikasikan sajak ini khas untuk dia,dia dan dia yang pernah mewarnai hati aku.terima kasih kerana sudi memberikan aku secebis rasa cinta walaupon ianya hanya sementara sahaja.aip,jiwang la pulak.haha..