NIE NAK KATA APA NIE ?? cer citer

Tak tahulah kenapa kenangan sewaktu aku di tingkatan 3 yang selalu melekat di fikiran ini.menarik untuk di ingati dan di kongsi bersama agar aku akan sentiasa berfikir dua tiga kali sebelum melakukan ia sekali lagi.ooh duhai hati dan tingkah laku,sungguh anda tidak menjaga tertib tatasusila tuan anda seperti mana selayaknya anak gadis berlaku-laku it just about  time and “it” is hard to erase from mine  J.Ohoo,bermadah-madah puitis pulak aku kebelakangan ini..bukan kenapa,duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa (hanya tahu makan dan tido sahaja) membuatkan aku jadi sebegini rupa.mengimbau kenangan manis dolu-dolu merupakan hobi terbaru sampai kenangan yang memalukan pon aku boleh ingat.padahal,hal-hal sebegitu cukup serius aku ingin lupakan supaya perkara itu tidak akan  mendatangkan perasaan merendah diri begitu menebal dalam diri ini.Aku just nak recall back what had happened during four years ago and it still mengganggu fikiran aku tiap-tiap hari sampai jantung nie asyik nak test degupan jer sama ada sudah cukup berdegup atau tidak untuk membuat tuan dia tidak senang duduk.well,you can say it just hyperbole but for me,its for real!

Peramah,mesra,banyak cakap dan agak “tak tahu malutak tahu malu tu di’inverted comakan sebab sometime aku nie pemalu jugak  tu adalah aku.senang cerita,benda tu semua telah menjadikan aku “femes” dalam kalangan budak-budak form akulah.kenapa femes?sebabnya,dari  budak yang sediam-diam dan sekatak-katak dalam tempurung pon boleh kenal yang mana satu AALIA yang mempunyai double “A” dihadapan namanya.orangnya tinggi,berkulit coklat cadburry,ahaks dan sangat riuh rendah tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya.pelajar yang  femes,lagilah kenal aku.hohoho…ini bukan kes jual diri,ini kes nak menceritakan balik ye cik comei dan inche wakakaKACAK.Walaupon kesah ini agak panjang,aku tak kisah.nak baca ke tak,its all up to you all.janji,dengan menceritakan ini aku dapat meredakan degupan jantungku yang agak tidak sekata dan selalu buat aku teroleng-oleng di buai perasaan.kenangan yang jarang-jarang atau tak mungkin berlaku kepada orang lain ini,tidak mudah untuk di buang jauh-jauh bak membuang kutu dari kepala rambut ke laut.

Bila kita nie jenis yang cakap banyak dan muka nie agak tak berapa nak malu (aww,dang!!malu sih cerita keburukan diri ini),semua benda yang kita buat kita akan rasa it is normal.mungkin pada orang yang melihat dan mendengar akan berkata,”sungguh tak sopan anak dara sorang nie.boleh dia buat perkara macam tu.aish (sambil teleng-teleng kepala)”.tapi bagi yang berpandangan macam aku nie,mereka akan berkata,”pergh!!berani siot dia buat macam tu.ingat senang ke nak-nak pulak kalau takda keberanian dalam diri”.err,agaknyalah depa kata macam tu.haha.so berbalik kepada topik asal,aku dengan berani-beraninya telah mencurahkan isi hatiku kepada dia.benda yang tak sepatutnya di buat oleh anak gadis apatah lagi budaya melayu yang begitu tinggi mengajar anak gadis agar berkelakuan seadanya.dengan slumbernya aku p bagitaw kat budak lelaki tu yang aku minat dan suka kat dia.walaweh,kau pernah buat macam tu as a malay girl?aku buat weh.muahaha.

Sejujurnya di sini,aku agak tak pernah tengok (berdasarkan dari apa yang berlaku)  muka dia sepanjang aku bersekolah di sini dari tingkatan satu sampailah ke tingkatan tiga.mungkin aku tak nampak dia sebab waktu dia form one,muka dia lain giler.dah tu,form two ngn form three pulak dia jadi pengawas.aku sepatutnya dapat cam dia sebab although he’s not malay,wajah dia amatlah kegantangan bak kata budak-budak sekolah aku,dialah lee min ho Malaysia.kelas kami sebelah menyebelah je dari form one sampai form three tapi kenapa aku tak pernah menyedari kewujudan lee min ho itu??sampailah ke babak di mana aku mula menyadari kehadirannya.waktu tu waktu perhimpunan harian.kawan aku,mina dengan T-rex duk sosek-sosek cakap budak tu hensemlah,muka macam korealah.maka aku dengan tahap yang ingin tahu melampau ini telah menanya mina,siapa budak hot yang hampa duk cakap tu.pastu mina pon tunjuk lah dia kat aku lepas habis assembly pagi tu.pergh!!sekali tengok pon aku dah tahu yang dia nie pencair hati wanita kelas satu.dengan hanya sekali panahan matanya sahaja,aku dah kena love struck weh sampai berdegar-degar jantungku.sejak tu,aku telah menjadi stalker yang terhebat pada abad modenisasi ini dan baruku tahu yang dia rupanya orang yang sama mengkantoikan aku tengah makan dalam kelas dia semasa di tingkatan dua.oh,diakah yang diperkatakan hensem oleh mereka dan mereka itu?memang pantas pon dia diberi jolokan itu sebab dia sungguh-sungguh seperti bintang utama BOF itu.Cuma untuk sekali pandang sahaja,duakali pandang dah macam dialah (nama den terpaksa rahsiakan sebab tu private) hahaha.dulu aku tak pernah pon nak ambil taw hal ehwal lelaki-lelaki kacak di sekolah aku.siapa nama,kelas mana,pandai ke tak,player ke,aku tak pernah peduli.yang aku taw,pasal leng chai sorang nie semua aku korek dan tanya  dari orang yang kenal dia.haru ke tak tu?macam-macam cara aku pakai untuk pikat dia (actually tu bukan pikat,sekadar bertegur sapa sahaja menurut kamus hatiku) hehe.

First thing yang aku buat ialah dengan menegur dia.aku Cuma kata “HAI” je and nasib baik dia senyum.kira okaylah dia bagi respon jugak.second,aku tegur lagi dan kata “hai … ,limau takdak ka?” (waktu tu CNY just around the corner je) dengan senyuman semanis gula kapas tapi dia tak balas pon.dah tu,siap tayang muka sombong.aku dah malu tergolek-golek dah.hawhaw.third,hari-hari aku kacau dia.kalau kelas depa nak p bilik KH ka,makmal sains ka depa wajib lalu kelas aku.untunglah aku sebab aku dapat usha dia time tu.lepas jer dia and the gang lalu,gang budak pompuan kelas dia pulak lalu.aku ambik kesempatan pesan kat depa suruh kirim salam kat dia walaupon dah geharu yang dia memang takkan jawab salam aku sebab dia bukan muslim.aku duduk kat depan sekali dan di tengah-tengah kelas.cikgu pulak depan aku ja tapi aku buat derrk kat cikgu yang mengajar tu semata-mata dia lagi layak diberi perhatian dahulu sebelum hilang dari pandangan.cikgu tu,boleh ditunggu.haha..tiap-tiap kali rehat pon aku mesti tak lepaskan peluang untuk mengusha dia contohnya seperti cari meja makan yang bertentang dengan meja dia.waktu pagi aku p kelas dia,tunggu dia sampai dia masuk kelas,suruh budak kelas dia bagi gambar kelas depa kat aku la,letak surat bawah meja ngn bag dia la.pokoknya,time tu memang popular giler kisah aku mengorat budak tu even cikgu-cikgu pon taw.aku bajet kan,kalau buat novel ke,drama ke sahih pecah panggung dan jadi best seller.huahuahua….

Well the story  is not end just “tergantung” like that.it have been continued until we were form 4 and form 5.dijadikan cerita,kami telah dijodohkan untuk berada dalam kelas yang sama.memang la agak sangat tak masuk akal sebab dekat sekolah aku,budak-budak Chinese always mendominasi kelas science 1 but when it comes our turn,the tradisi has been changed.even before kelas ditentukan,kita orang semua memang dapat borang untuk pilih aliran masing-masing based on our result  dan ofkos budak budak yang result  elok akan pilih aliran sains manakala yang kureng sikit akan pilih aliran sastera,multimedia atau akaun.cikgu akan tengok aliran pilihan pelajar dan membandingkan result mereka dengan aliran yang mereka  minta sama ada sesuai atau tidak.memandangkan result aku Alhamdulillah  okay,aku  pon pilih la aliran sains due to cita-cita aku ehem..ehem.kelas sains kat sekolah aku ada tiga dan dibahagikan mengikut urutan nombor.bagi kelas sains satu dan sains dua,subjek diorang sama jer semua dengan tambahan subjek akaun (boleh pilih sama ada nak drop atau tak-aku drop,heh).kelas sains tiga diorang takda akaun tapi diorang ada subjek pilihan reka cipta dengan IT.selalu golongan lelaki jer yang penuh dalam kelas nie dan boleh nampak la empat lima orang student perempuan.seperti yang ramai maklum,geng-geng Chinese nie pakat pilih kelas sains satu tetapi malangnya pada tahun itu mereka tidak terpilih ke kelas elit itu.mereka terpilih ke kelas kedua elit iaitu kelas yang aku diami untuk tempoh dua tahun nie.maka,aku agak ala-ala terkejut bila dapat tahu si panah arjuna itu satu kelas dengan aku.waktu tu,berkobar-kobar semangat nak belajar dan dapat result elok dalam monthly exam dengan harapan dia nampak akan aku.hahaha,nampak tak betapa seriusnya aku suka dia?pengetua pon dah bilang awal-awal yang tak semestinya bila korang kelas first,korang rasa hebat dan pantas untuk tunjuk ekk kat budak-budak kelas belakang-belakang.budak Chinese duduk kelas sekali tu sebab nak selaraskan jadual agar tak clash dengan subjek PAI dan Moral.ye la,bilangan cikgu moral sorang dua jer.bila kelas tak sama,terkejar-kelar la cikgu tu nak mengajar.kelas cina pulak waktu petang.mula-mula tu depa bising la jugak duk cong ceng cong ceng (tanda protes) tapi bila dah start kelas okay ja pon.depa pulak jenis masuk geng ja dengan budak melayu.takdak nak kawan ikut bangsa sebab situ ada melayu ngn cina jer kat sekolah tu dan bilangan dorang berapa kerat jer.masalah settle.yang tak settlenya aku la.best ada,serba salah ada,malu ada,thump-thump pon ada jugak.nak act macam biasa pon tak boleh sebab pasal cerita tahun lepas.dia tengok aku serba-salah,aku tengok dia pon macam tu jugak.budak kelas pakat duk perli aku “alia best la tu duk kelas sekali ngn dia.lepas nie,no more surat-surat la noh?ka nak continue lagi cerita tahun lepas?” sumpah aku malu dengar depa kata macam tu.baru la tahu betapa aku dulu bertindak mengikut tanpa arahan.nak menyesal pon dah terlambat.orang zaman purbakala kata “terlajak perahu boleh diundur,terlajak perbuatan malu yang dapat “ huhu.time kimia pulak kami kena group sekali.dah la dia leader sebab dia terer dalam subjek chemistry nie.entah,instinct aku kuat mengatakan yang dia tak suka aku segroup sekali ngn dia.aku pon tak expect yang cikgu anum akan letak kami satu group.ramai la yang pakat buat bunyi uuuuuuuuuuuuuuuuu….dan muka ala-ala terkezut.tapi ader aku kesah??dia tak suka ke suka ke,aku buat muka innoncent je.lantak la.bila dah serasi as in a group,dia okay jer ngn aku.Cuma kami jarang berkomunikasi dengan berkesan.ala,kira our communication skill memang failed la sebab kami tak pernah bercakap,bertegur sapa,bersenyum mesra after the cased.it’s all my fault that I already know and no need to frust or regret s’thing that had pass.

 Sekarang masa berlalu dengan begitu pantas.masing-masing dah tak pernah bertemu selepas tamat SPM.dengar-dengar dia tengah bercinta sakan dengan that girl that they always talking about.oh,y’know my heart just like in the end je after hearing the news.wanted to jealous but saperlah aku nie nak berjeles-jelesan dengan dia yang surely will never looking at me.nak sedih pon,like I said it’s all my wrong doing.sungguh,apabila difikirkan balik aku rasa macam nak benam jer kepala aku dalam sawah padi agar that cerita akan hilang dengan sekali benam.malu yang sungguh-sungguh malu sampai aku rasa layakkah aku untuk menjadi seorang anak gadis melayu terakhir?pelbagai kata-kata perlian yang aku dengar selepas cerita itu berlaku.tu belum masuk kawan baik dia (melayu) perli aku bagai nak rak.sometime aku menangis because of that and menyesal dengan apa yang aku buat dulu but sometime aku rasa tu kenangan manis aku sewaktu sekolah menengah.aku orang yang bermuka tembok bak tembok besar china hanya mampu tersenyum.katalah selagi boleh berkata-kata.mulut manusia tak seperti mulut tempayan yang bisa ditutup kalau bocor.terserah nak kata apa selepas korang baca nie (gaya macam ader orang baca jer) tapi tolonglah,jangan pernah buat those stupid things like what I have done!aku cerita nie bukan nak buka pekung sendiri sebab semua orang tahu kisah nie tetapi sekadar hanya ingin berkongsi untuk peringatan agar jagalah gensi-gengsi kita wahai perempuan agar tidak malu kelak di hari muka.aku still di sini mencari kekurangan dan kesilapan aku dengan niat cerita tu takkan terjadi di mana-mana selepas aku melangkah ke fasa baru nanti.moga ALLAH permudahkan urusan hambaNYA ini!what I need now is just looking forward for my future.

p/s : kalau kompas tersilap arah,perlu berpatah balik walaupon payah tetapi kalau manusia  yang banyak melakukan kesilapan pada masa lalu,takkan bisa  berpatah balik  untuk              memperbetulkannya dan jangan sesekali menyesal dengan apa yang telah berlaku kerana sesungguhnya hal itu akan menyebabkan anda sentiasa dalam kesedihan serta dalam kerungsingan.past is past.percayalah!  J

4 comments:

Detective Fiqa said...

ayoo dah mcm cerpen dahh heheh :D
semua yang terjadi pasti ada hikmahnyer ^^

aalia shahira said...

haha,cerpen la sangat.thank you :)

Anys Farhana said...

haha

Aalia Shahira said...

anis mengong :P