#1 My Bad

Assalamualaikum dan salam nisfu syaaban =)
Semalam buat apa ? baca yaasin dan doa banyak-banyak ?
Apa pon yang semua buat pada malam nisfu syaaban, semoga diperkenan dan dirahmati oleh Allah SWT.
dan doakan agar doa aku dimakbukanNya..Amin !!!

Dalam entry nie aku nak cerita sikit tentang sesuatu yang aku selalu cuai dan ambil bena tak bena je benda tu.
Semalam kakak aku top upkan dekat aku..tak banyak pon dia reload. Just enough untuk tiga hari kot sebab jenis aku,aku lebih suka call orang dari text. So,kawan-kawan aku nie macam taw-taw je yang henset aku ada kredit.message masuk berderu tak berhenti-henti and yes..message dari budak yang aku suka pon masuk sekali.OMA!!! giler lompat katak aku. Kawan-kawan pulak dah tahu feel aku yang aku nie jarang top up. Kalau dorang message aku, aku tak balas tu memang sahih henset aku takdak kredit. Sebab tu dorang pon macam dah hafal..dorang lebih suka call aku dari text tanpa mendapat balasan :P
Masalahnya..message yang masuk semalam adalah dari kawan baru aku.dorang memang tak fahamlahkan perangai aku yang satu nie..so one of my new friend Azulin,she text me. tanya aku pergi kelas ke tak.Bila message tu masuk kat phone aku tanpa naik nama pengirim dia,aku pon balas la tanya siapa.

Aalia,esok pergi kelas tak ?
ah,tak sure lagi.nie siapa ?
weh,nie aku la azulin..takkan tak save kot num aku padahal bukan sekali dua aku text hang.
haha ye ke ? sorry weh,aku lupa save *wink*
takpa-takpa..just nak tanya tu je.kalau hang p,aku nak tumpang hang.
okay..esok pagi aku text hang kalau aku p.

Then, we end up our text converstion. Aku pon scroll down mesej lama-lama nak cek sama ada aku delete tak mesej yang dia hantar tu and aku jumpa mesej dia tanpa simpan nombor dia..oh,maafkan aku azulin sebab tak simpan nombor hang. Mesti lepas nie hang takmau mesej aku kan? sob sob .
The motive here, kalau sesiapa pernah text aku sekali dua memang aku takkan save nombor korang.dan aku pulak jenis bangsa yang malas nak save-save sesuatu yang bagi aku you come and go just like that.. <--------- aku ibaratkan nombor telefon tersebut macam orang yang mudah datang dan pergi.kinda weirdkan but that's me.pelik dan aku memang tak boleh pisahkan bak kata my-so-closed-friend dan kawan baru ^^.
Hari nie pulak..naik lagi satu nombor baru yang mesej aku..bila aku tanya siapa dia balas balik "pukonq (punggung) hang.wei rindu hampa !! walawei suka-suki dia ja mengata aku.Kalau dah mesej gitu memang sah-sah kawan aku tapi bila balas balik tanya siapa takmau bagitaw.ah,biarlah..lepas siap taip nie,aku nak telefon dia.

Kesimpulannya......banyak kawan aku tak suka text aku..dorang lebih prefer telefon aku. Lebih mudah dan pantas katanya (perli lettew) kahkahkah. Sekarang..aku tengah godek godek telefon aku check nombor-nombor yang aku tak save tu then hantar mesej tanya nombor siapa sebab aku nak simpan dalam phonebook.. and to awak              

yeah yeah and yeah..I got your number. Wait and see huh I will be your best stalker ever (^^)V No war. aha ngee~~

P/s : Please doakan untuk cikgu sekolah rendah yang aku sayang agar beliau kuat dan tabah sebab anak sulung dia Mustaqim koma dilanggar..cikgu suzy,semoga taqim cepat-cepat sedar dari koma.Insyaallah .

2 comments:

Outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Hanif Idrus said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!
Selamat bercuti dan jika pulang ke kampug hati-hati di jalanraya
Blog aku pun cuti gak ….hehhheeh
Tapi entri tetap ada sepanjang hari..
Cuma tak ler blogwalking …hahahahah
Selamat Hari Raya